fbpx

Pelajar 30 juzuk al-Quran diberi pengiktirafan setaraf diploma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Mesra Tahun Baru Cina di Dewan Dato’ Haji Abdullah Ahmad, Hutan Melintang hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

BAGAN DATUK – Kerajaan dalam usaha mengiktiraf pelajar tahfiz yang menghafal 20 juzuk al-Quran untuk dikurniakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 manakala yang berjaya menghafal 30 juzuk dikurniakan SKM Tahap 5.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu sedang dilaksanakan Jawatankuasa Majlis Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara berkata, penerima SKM Tahap 3 dianggap setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pemegang SKM Tahap 5 setaraf program diploma.

Kata Ahmad Zahid, bagaimanapun, pengiktirafan sedemikian hanya akan diberikan kepada pelajar atau lepasan institusi tahfiz yang berdaftar, memandangkan langkah itu dibuat bagi memantapkan penerapan TVET di institusi tahfiz bagi melahirkan hafiz profesional.

“Ia juga memudahkan mereka untuk melanjutkan pelajaran di enam universiti terpilih,” katanya pada Majlis Sesi Ramah Mesra dan Taklimat Projek Pembinaan Bangunan Sekolah Menengah Imtiyaz Tuminah Hamidi di Kampung Sungai Balai Darat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyeru kira-kira 2,500 maahad tahfiz di seluruh negara supaya mendaftar dengan kerajaan negeri masing-masing agar dapat menjadikan program TVET sebagai salah satu subjek untuk prospek masa depan pelajar-pelajar instisusi keagamaan itu. Jelasnya, setakat ini terdapat 1,169 maahad tahfiz berdaftar di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI