PORT DICKSON – Seorang lelaki warga Pakistan ditemui lemas oleh pasukan penyelamat di perairan Pantai Batu 5, di sini, petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan (NS), Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, individu berusia 23 tahun itu dikenali sebagai Wasif Shehzad dan kejadian itu itu dimaklumkan adiknya, Amir Ahmad, 22, kira-kira pukul 12.30 tengahari.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan oleh Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru sebelum pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mangsa kira-kira 100 meter dari pesisir Pantai Batu 5, Port Dickson.
“Mayat mangsa kemudian di bawa ke pantai menggunakan bot aluminium dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, malam semalam. -KOSMO! ONLINE