fbpx

Khairul Naeim hilang dikhuatiri lemas jatuh Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan operasi mencari mangsa (gambar kecil) yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan dekat Kampung Maka Joh, Labok di Machang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Maka Joh, Labok di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Mohamed Andera Md. Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.40 petang semalam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memaklumkan mengenai kes kehilangan mangsa, Khairul Naeim Che Deraman, 29.

Menurutnya, anggota bomba menjalankan operasi mencari di pesisir sungai berkenaan selepas mendapati mangsa lemas di kawasan tersebut.

“Mangsa masih gagal dijumpai selepas lebih sehari operasi dijalankan. Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan menyambung operasi mencari mangsa esok susulan cuaca gelap hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamed Andera berkata, unit anjing pengesan (K9) turut membantu mencari mangsa bersama 16 anggota termasuk PPDA.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Khairul Naeim daripada abang lelaki itu kira-kira pukul 8 pagi semalam.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI