fbpx

Kerjasama Solvonation, Manebi perkasa operasi sumber manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cyrill Mathias (empat dari kiri) dan Tomoya Tajima (tiga dari kiri) menunjukkan dokumen pemeteraia perjanjian antara dua syarikat tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Solvonation Analytics Sdn. Bhd. (Solvonation) telah memeterai memorandum persefahaman dengan sebuah syarikat pemula Jepun, Manebi dalam usaha untuk memperkasakan bidang dalam sumber manusia (HR) dan juga maklumat.

Solvonation yang berstatus MSC itu berpengalaman luas dalam melaksanakan transformasi sistem legasi kepada pendigitalan yang memfokuskan kepada segmen pertanian, ko­mersial, pengangkutan dan juga logistik.

Manebi pula telah melebarkan sayap perniagaannya di Malaysia sejak bulan Ogos tahun lalu melalui kerjasama Leave a Nest Group (LVNS) menerusi Center of Garage Malaysia (CoG) yang menjadi pembuka laluan kepada persefahaman yang wujud antara syarikat pemula ini dengan Solvonation.

Perluasan sayap pengemba­ngan Manebi itu disokong oleh program sokongan di bawah Menteri Ekonomi ASEAN Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi dan Perindustrian METI Jepun (AMEICC) untuk menjalin kerjasama bagi membantu me­ningkatkan pembangunan sumber manusia dalam syarikat, institusi pendidikan dan agensi kerajaan melalui teknologi.

Pengasas Solnovation, Cyrill Mathias berkata, usaha sama ini akan membolehkan pihaknya menawarkan kepakaran dalam teknologi dan ekosistem secara universal bagi menambah baik gaya hidup dan nilai kehidupan masyarakat.

“Kami mempunyai pelbagai cabang industri yang boleh diperluaskan antaranya teknologi hijau, pendigitalan, sistem data satelit, bandar pintar dan latihan.

“Melalui kerjasama ini, kami akan memanfaatkan teknologi bagi memberi nilai tambah kepada Manebi dalam pembinaan dan pengisian aplikasi bagi membantu tenaga kerja Malaysia. “

“Inilah cara kami membantu meningkatkan kehidupan masyarakat dan membolehkan orang ramai mendapat manfaat pembangunan dan maklumat platform dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis me­meterai MoU antara dua syarikat tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Manebi, Tomoya Tajima dan Pegawai Pembangunan Strategi Leave A Nest, Tanami Shuhei.

Selain itu, Tajima menerangkan, aplikasi yang dibangun melalui kerjasama ini dapat membantu lebih ramai tenaga kerja Malaysia menyesuaikan diri dengan sistem kerja, undang-undang, budaya dan persekitaran dalam syarikat Jepun.

“Kami memahami persekitaran dan cara kerja di Malaysia berbeza dengan negara kami

“Jadi, kami bakal membangunkan satu aplikasi dan dilengkapi dengan teknologi serta pengisian dari Solnovation untuk mendidik dan memberi pemahaman lebih jelas kepada pengguna.

“Aplikasi itu nanti boleh digunakan oleh tenaga kerja di Malaysia yang bekerja dengan syarikat Jepun dalam pelbagai industri yang ada di Malaysia termasuk pembuatan, automotif, teknologi dan sebagainya.

“Pelbagai pengisian boleh didapati dalam aplikasi tersebut seperti permainan interaktif, latihan visual, dan kemasan kecerdasan buatan (AI) dengan tujuan pendidikan dan pemahaman yang lebih mudah,” ujarnya.

Sementara itu, Leave a Nest menyediakan sokongan yang disesuaikan untuk perniagaan dan industri permulaan untuk memudahkan pengenalan de­ngan organisasi termasuk konglomerat, kerajaan agensi, syarikat permulaan, inkubator dan penyelidik akademik, sambil berkongsi pandangan tentang cabaran dan peluang tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI