KUCHING – Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan sebanyak RM50,000 kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, semalam.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bantuan itu bagi meringankan beban keluarga mangsa.
“Setiap mangsa yang terkorban akan diberi RM10,000,” katanya pada sidang media ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan SJKC Chung Hua, Batu Kawa, hari ini.
Sementara itu, Fatimah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak juga akan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa yang selamat.
“JKM akan menghantar kaunselor untuk membantu memulihkan semangat dan emosi mereka,” katanya.
Dalam tragedi 3 pagi semalam, lima mangsa yang terkorban akibat tertimbus runtuhan tanah adalah dua wanita berusia 71 dan 41 tahun, dua kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 11 tahun serta seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.-KOSMO! ONLINE