fbpx

Kebakaran hutan tercetus di Carolina Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu kebakaran hutan di kawasan Old Fort, Carolina Utara. - Fox News

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya tiga kebakaran hutan berlaku berhampiran beberapa bandar di negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini terjejas akibat dilanda Taufan Helene, lapor laman berita Fox semalam.

Kebakaran terbesar dianggarkan melibatkan kawasan seluas kira-kira 80 hektar berhampiran bandar Marion, manakala pemindahan terpaksa dilakukan oleh penduduk.

Gabenor negeri itu, Josh Stein berkata, sebuah pusat perlindungan telah dibuka di sebuah gereja tempatan.

Namun, masih tidak jelas jumlah penduduk yang berada di bawah notis pemindahan itu kerana banyak rumah telah musnah di wilayah tersebut lebih empat bulan lalu akibat taufan.

Pejabat Pengurusan Kecemasan daerah McDowell berkata, kebakaran bermula dari sebatang pokok di talian elektrik yang tumbang, manakala api merebak disebabkan angin kencang di kawasan itu. 

Tiada kecederaan dilaporkan tetapi kebakaran itu telah memusnahkan banyak bangunan, kata pejabat tersebut.

“Pengurusan kecemasan daerah ini menyatakan bahawa serpihan daripada (Taufan) Helene, pokok-pokok yang ditebang serta belukar kering menyebabkan tugas anggota bomba menjadi sukar,” kata seorang wartawan Fox, Chelsea Torres.

Dua lagi kebakaran bermula di utara Marion pada petang semalam. 

Perkhidmatan Hutan Carolina Utara memberi amaran kepada penduduk bahawa kelembapan rendah dan tiupan angin menghasilkan gabungan sempurna untuk penyebaran api yang cepat.

Mengikut anggaran negeri itu, lebih 70,000 rumah sama ada rosak atau musnah dengan ketara akibat Taufan Helene yang melanda pada September tahun lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI