fbpx

‘Ibu pingat emas’ sasaran Nafuzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI mahu Malaysia menjuarai Sukan SEA Thailand 2025 menamatkan penantian sejak 2011.

PELUANG untuk memburu ‘ibu segala pingat’ Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember depan menjadi salah satu agenda penting buat pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara, Nafuzi Zain.

Sebagai rekod, Nafuzi dilantik menjadi ketua jurulatih skuad pelapis Harimau Malaya selepas meletakkan jawatan selaku pengendali Kedah Darul Aman (KDA FC) pada November lepas.

Menurut Nafuzi, tiga kejohanan menjadi sasaran penting buat skuad muda negara yang perlu diberikan perhatian penuh sepanjang tahun ini.

“Bagi (sasaran) tahun ini, kita ada tiga kejohanan (iaitu) Piala AFF (B-23), kelayakan ke Piala Asia (B-23) 2026 dan Sukan SEA Thailand 2025.

“Pemain-pemain sedia ada jika mereka menunjukkan prestasi terbaik, Insya-Allah mereka akan berada dalam pasukan,” katanya.

Sebelum ini, prestasi skuad B-23 negara dikritik hebat selepas gagal mempamerkan prestasi terbaik pada kem Piala Asia B-23 2024 di Qatar selain temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Pihak penganjur Sukan SEA 2025 sebelum ini mengesahkan format pertandingan bola sepak pada temasya dwitahunan itu khusus buat pemain di bawah usia 22 tahun (B-22) dan tiada kuota untuk pemain lebih usia seperti edisi yang lepas.

Misi untuk memburu ‘ibu emas’ temasya berprestij Asia Tenggara itu sudah menjadi sasaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak sekian lama selepas kali terakhir bergelar juara pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.

Skuad Sang Garuda Muda sebelum ini berjaya menamatkan penantian 22 tahun apabila meraih pingat emas pada edisi 2023 dengan menewaskan Thailand 5-2 di pentas final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI