fbpx

Guru besar mati dibunuh gara-gara cinta tiga segi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUDI dibunuh MA di warung R.- Foto Bahagian Hubungan Masyarakat Kepolisian Republik Indonesia

JAKARTA – Seorang guru besar sebuah sekolah rendah mati dibunuh oleh bekas teman lelaki tunangnya dalam kejadian di wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia, lapor laman berita Tribun Medan hari ini.

Budi Irawan Kepsek, dibunuh oleh seorang lelaki dikenali sebagai MA alias Ugun selepas pinangan suspek ditolak oleh tunang mangsa.

Suspek dikatakan masih mengharapkan cinta wanita yang dikenali sebagai R itu walaupun pinangannya telah ditolak.

Menurut ketua polis tempatan, Jupri JHP Tampubolon, mangsa pada awalnya sudah membuat laporan polis yang mengatakan bahawa dia menerima ugutan daripada suspek.

Kata Jupri, guru besar itu pada malam Isnin lalu pergi ke warung milik bakal isterinya, menyebabkan dia diserang oleh suspek menggunakan sebilah parang sebelum melarikan diri.

“Kami sudah meminta pelaku dan keluarganya untuk menyerah diri,” kata Jupri. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI