PETALING JAYA – Terus menjadi tumpuan, isu sumbangan untuk membantu Along Cham ketika ditahan polis semakin hangat apabila adik pelawak itu, Aurel Yana mempercayai tindakan tersebut adalah hasil komplot beberapa pihak.
Seolah-olah tahu semua perkara, Aurel turut menyelar kenyataan penyokong kakak iparnya iaitu pempengaruh Siti Jamumall dengan mendakwa isteri abangnya, Afreena Suhaimi dan seorang scammer dikenali sebagai Ika bersahabat baik.
“Sis nak ke saya bagi bukti apa komplot dia dengan Ika dan dua orang lagi kawan-kawan Feena (Afreena)?
“Nak ke saya bagi bukti macam mana mereka ganggu saya, ibu dan adik saya? Bukti macam mana dia sanggup terpacak depan pejabat peguam untuk sebarkan fitnah dan cerita palsu ke atas suami dia dan ahli keluarga kami?,” katanya menerusi komen ditinggalkan dalam Instagram.
Aurel juga berharap usahawan terbabit menyelidiki dahulu kesahihah kenyataan Afreena berhubung dakwaan ditipu scammer sebelum membela wanita berkenaan.
“Tolong jangan malukan diri sendiri dengan merisikokan diri atas pembelaan yang langsung tidak berasas takut kena angkut masuk dalam kandang sebagai saksi,” katanya
Pada masa sama, Aurel turut mendakwa kakak iparnya yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan mengetahui punca abangnya itu ditahan pihak berkuasa secara tiba-tiba.
Malah katanya, tangkapan terhadap Along juga dipercayai mempunyai kaitan dengan hasrat abangnya ingin mengesahkan taklik terhadap Afreena di mahkamah.
“Kami berhabis berpuluh ribu sepanjang siasatan kes ini dan dia sendiri tahu macam mana dan kenapa abang saya ditangkap tiba-tiba selepas abang saya sedar taklik yang dilanggarnya sebanyak tiga kali sepanjang perkahwinan mereka.
“Tak sempat 24 jam bagi tahu nak sahkan taklik kena angkut, sekarang barang satu rumah dia licinkan (ambil) selepas abang saya pulang semalam (kelmarin). Sila jelaskan ada ke orang yang di pihak benar lari kelam kabut macam ini?
“Untuk pengetahuan, Ika dan dua lagi rakan subahat Feena turut hadir di mahkamah semalam (kelmarin), tiba-tiba hari ini nama Ika dipetik. ‘Game over Feena, enough is enough’,” ujarnya.
Menurut Aurel lagi, mereka sekeluarga juga mempunyai bukti kukuh bagi mengesahkan dakwaan tersebut selain tidak akan membuat tuduhan tanpa asas.
Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya menyeleweng dana sumbangan orang awam serta rakan artis membabitkan jumlah hampir memcecah RM100,000.
Kata Afreena pula, wang berkenaan digunakan untuk menguruskan pelawak terbabit sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh, selain perbelanjaan harian anak lelaki itu, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin, 13.
Susulan itu, Afreena membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mendakwa menjadi mangsa scammer bernama Ika selepas menyalurkan wang sebanyak RM95,180 bagi membantu suaminya yang ditahan polis.
Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 selepas Along selama sembilan tahun menduda. – KOSMO! ONLINE