fbpx

Dituduh seleweng pelaburan saham, lelaki serah RM143,000 kepada ‘polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANGKAK – Gara-gara panik akan diambil tindakan kerana dituduh melakukan jenayah penipuan dalam pelaburan saham, seorang lelaki berputih mata apabila wang simpanannya RM143,000 lesap dikebas scammer.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Talib berkata, mangsa yang berusia 44 tahun pada mula menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.

Katanya, suspek menghubungi mangsa dan menyatakan mangsa didakwa terlibat dengan aktiviti penipuan pelaburan saham.

“Suspek memperdayakan mangsa untuk membekukan akaun bank milik lelaki itu bagi tujuan siasatan dan audit.

“Mangsa telah melakukan 10 transaksi ke akaun bank berbeza yang disyaki akaun keldai sepertimana yang diarahkan anggota polis tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Roslan berkata, selepas menyedari dirinya telah ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis pada kelmarin.

Ujarnya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI