fbpx

Difitnah liar, hidap HIV, Fairuz Selamat kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- SADDAM YUSOF

SHAH ALAM – Gara-gara keluar daripada kumpulan Q-Face, penyanyi Fairuz Selamat pernah dituduh liar dan menghidap HIV.

Menurut Fairuz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Selamat, 40, perkara itu terjadi lebih 20 tahun lalu dan tidak pernah didedahkan kepada sesiapa.

“Itu antara detik terendah dalam hidup saya. Bayangkan, saya baru berusia 16 tahun ketika itu. Ada pihak tulis surat layang kepada wartawan menuduh saya ada penyakit HIV, minum arak dan berkelakuan liar.

Berita itu tidak disiarkan tetapi wartawan tersebut memaklumkan abang saya tentang surat layang tersebut.

“Saya memang ‘down’ sewaktu perkara tersebut berlaku. Saya masih mentah dan tak tahu macam mana nak berhadapan dengan fitnah sebesar itu. Lebih membuatkan saya sedih apabila ada orang dalam industri memerli saya kalau terjumpa,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) itu lagi, disebabkan kejadian hitam itu dia nekad meninggalkan bidang nyanyian dan menyambung pengajian.

“Tetapi kini saya lebih matang dan sudah tahu bagaimana nak kawal situasi sekiranya diftnah lagi.

“Alhamdulillah, apabila kembali aktif dengan menyertai GV11 tiada lagi fitnah yang berat dan mengaibkan.

“Malah, sokongan yang saya terima sekarang lebih baik daripada apa yang pernah saya kecapi sewaktu menjadi penyanyi 24 tahun lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI