fbpx

Banjir Sarawak makin buruk, 5,002 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kawasan yang terjejas teruk ekoran kejadian banjir yang berlaku di Sarawak hari ini.

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat, dengan kini seramai 5,002 orang ditempatkan di 43 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua mangsa terdiri daripada 1,406 isi rumah dengan kebanyakannya adalah dari Bahagian Serian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sebanyak 15 PPS dibuka di Serian antara di PPS Dewan Balu Gambang Tebakang Bidayuh yang melibatkan 47 mangsa dari 20 keluarga.

Di Bintulu, sebanyak tujuh PPS dibuka melibatkan antaranya PPS Rh Steven Ak Jeli, Tatau (34 mangsa), PPS Pusat Sukan BDA Kidurong (258 mangsa) dan ⁠PPS Balai Raya Jepak (119 mangsa).

Turut terjejaslah adalah Samarahan dengan lima PPS telah dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas termasuk di PPS Dewan Mesra Simunjan (117 mangsa).

Sementara lima PPS turut dibuka di Kuching iaitu PPS SJK (c) Chung Hua Batu Kawa- (59 KIR/ 236 Mangsa), PPS Dewan Haji Kamaruddin (KIR 5, 15 Mangsa), ⁠PPS SK Sejijak- (Dikemas kini), PPS Balai Raya Kampung Pangkalan Melayu Bau (KIR 6, 21 Mangsa) dan ⁠PPS Dewan Serbaguna Kampung Kranji (3 KIR, 14 Mangsa).

Daerah-daerah lain yang terjejas ialah Miri apabila tujuh PPS telah beroperasi, manakala di Sibu pula, tiga PPS dibuka iaitu PPS Dewan Penghulu Seribu Nanga Tada Kanowit (215 mangsa), PPS SK Bukit Arip, Selangau (287 mangsa) dan ⁠PPS SJK (C) Tong Ah Selangau (221 mangsa).

Dalam pada itu, seramai 105 mangsa dari 25 KIR yang terjejas tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri ditempatkan di PPS Pusat Bulan Sabit Merah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI