fbpx

[VIDEO] ‘Semoga Gunung Kinabalu restui hubungan Syed Saddiq, Bella’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan kemesraan Syed Saddiq dan Bella semasa penggambaran untuk kempen koleksi baju raya di Gunung Kinabalu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Gelagat pasangan ‘dua sejoli’ iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd. Rahman bersama pelakon, Bella Astillah semasa penggambaran kempen koleksi baju raya di Gunung Kinabalu baru-baru ini terus mencuri perhatian netizen.

Ini kerana menerusi satu klip video terbaharu yang dikongsi di aplikasi TikTok @stylefashionpv terus memaparkan aksi kemesraan seperti seolah-olah mereka sedang bercinta.

Menerusi klip video tersebut kelihatan Syed Saddiq cuba memegang tangan Bella sebelum kedua-duanya melakukan lompatan.

Walaupun tidak bersentuhan antara satu sama lain, namun jelas terpancar di wajah mereka perasaan gembira sambil menikmati keindahan puncak Gunung Kinabalu.

“Sejuk beku kat atas tu boleh lagi mereka main lari-lari. Min tengok video ni pun min sengih je. Parah niee..,”tulis stylefashionpv pada kapsyen klip video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga ‘merestui’ hubungan pasangan berkenaan dan mereka mahu kedua-duanya diijab kabulkan secepat mungkin.

“Ish geram betul kat mereka tu, patut bawa tok kadi nikah atas tu terus, dah macam novel pulak cerita,”tulis Siti Sahrifatul Ainaai Jailani.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @FelisyiaLopeZz.

“Semoga Gunung Kinabalu restui hubungan dua sejoli ini, Aminnn,”ujarnya-KOSMO! ONLINE

@stylefashionpv Sejuk beku kat atas tu boleh lagi dorang main lari lari 🫠🥰 Min tengok video nie pon Min duk sengih je nie. Parah nieeeeeeee @primavalet ♬ original sound – stylefashionpv

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI