fbpx

UCL: Misi hidup mati Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG City, Erling Haaland (dua dari kiri) menjadi sandaran untuk merobek gawang Brugge awal pagi esok. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mahu anak-anak buah menganggap aksi terakhir menentang Club Brugge sebagai pentas final dalam usaha lolos ke pusingan playoff Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan ketika ini dibezakan tiga mata dengan City meraih lapan mata di tempat ke-25 dan Brugge 11 mata di kedudukan ke-20.

Hanya kemenangan boleh menjamin slot City selaku juara edisi 2023 ke pusingan playoff sekali gus menyertai 16 kelab hebat Eropah yang lain.

Kata Guardiola, khidmat semua pemain sangat diperlukan pada perlawanan akhir nanti terutama tonggak berpengalaman, John Stones.

“Stones perlu bersedia pada aksi bertemu Brugge selepas bergelut hampir tiga bulan ekoran kecederaan. Dia telah beraksi dengan baik sepanjang 40 minit ketika bertemu Chelsea dan sekarang dia harus fokus untuk membantu pasukan menang nanti,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap City, Jack Grealish mengakui aksi menentang Brugge boleh dianggap sebagai perlawanan ‘hidup mati’ pasukan dan barisan pemain hanya boleh bergantung dengan diri sendiri.

“Ini adalah perlawanan yang getir buat pasukan yang boleh dianggap seperti perlawanan final. Kita bernasib baik kerana tidak perlu bergantung dengan kelab lain dan hanya kemenangan boleh menjamin slot pasukan ke pusingan playoff,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI