fbpx

UCL: Atletico Madrid enggan pilih jalan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUS Atletico Madrid, Diego Simeone (kanan) lebih selesa memikirkan perancangan dalam padang berbanding faktor luaran. - AFP

MADRID – Tiga mata ke atas RB Salzburg pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok menjadi misi wajib buat Atletico Madrid untuk mengesahkan tempat dalam kelompok lapan teratas yang layak ke pusingan 16 secara automatik.

Pengurusnya, Diego Simeone enggan memikirkan perkara luar padang dan perhatiannya kini lebih menjurus kepada persiapan akhir untuk mengesahkan kemenangan ke atas RB Salzburg.

Disebalik kegagalan untuk mengekalkan status pendahulu La Liga dan keputusan seri 1-1 dengan Villarreal, Sabtu lalu, Simeone tidak merasakan faktor itu beri kesan besar kepada anak buahnya.

“Kami tidak memikirkan tentang perkara lain, semuanya lebih menjurus kepada perlawanan selepas ini. Kami mahu harungi perlawanan itu sehabis baik.

“Pasukan lawan juga mahu menamatan kempen Liga Juara-Juara dengan baik namun perlawanan ini juga penting buat kami. Apabila format baharu digunakan, kami berharap mampu berada dalam kelompok lapan terbaik.

“Ia pasti tugasan sukar namun kami juga mahu lepasi segala cabaran ini,” katanya.

Pada saingan yang menggunakan format baharu kali ini, hanya lapan pasukan teratas layak ke pusingan 16 secara automatik manakala kelab di tangga kesembilan hingga 24 akan bermain aksi playoff. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI