fbpx

Trak ditelan lubang benam gergasi tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lubang benam yang muncul di Yashio, wilayah Saitama semalam. - Kyodo News

TOKYO – Seorang lelaki nyaris maut apabila trak yang dipandunya ‘ditelan’ lubang benam gergasi di sebuah persimpangan berhampiran Tokyo, Jepun, lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Polis menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9.50 pagi (waktu tempatan) selepas lubang benam itu muncul di Yashio, wilayah Saitama. 

Lubang benam tersebut berukuran 10 meter lebar dan mempunyai kedalaman kira-kira 6 meter. 

Menurut pihak bomba, mangsa berada dalam keadaan sedar dan mampu bercakap ketika operasi menyelamat dilakukan. 

“Dua anggota bomba mengalami kecederaan ringan akibat ditimpa mendapan ketika menggunakan jentera berat untuk menyelamatkan mangsa. 

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. 

Pihak berkuasa tempatan berkata, sistem pembetungan yang mengalir sekitar tempat kejadian berkemungkinan telah rosak. 

“Runtuhan itu juga dipercayai berpunca daripada mendapan yang bersentuhan dengan air,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI