fbpx

Roglic belum terfikir mahu bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROGLIC bakal beraksi dalam musim ke-10 sejak bergelar pelumba profesional dan belum terlintas untuk bersara. - AFP

LJUBLJANA, Slovenia – Pelumba berpengalaman Slovenia, Primoz Roglic belum terfikir untuk mengundurkan diri daripada arena berbasikal dunia meskipun usianya sudah menjangkau 36 tahun.

Juara empat kali Vuelta a Espana itu menganggap dia masih mampu untuk terus bersaing dan sedia memberikan cabaran menjelang saingan musim baharu nanti, lebih-lebih lagi dia belum pernah memenangi Tour de France (TdF).

Roglic berkata, dia langsung tidak memikirkan faktor usia memandangkan berbasikal sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk bersara.

“Satu perkara yang gila apabila dapat tahu tahun ini merupakan musim ke-10 saya sebagai pelumba profesional. Sudah tentu menjadi satu kebanggaan untuk saya meneruskan karier sebagai pelumba berbasikal.

“Saya tidak tahu bilakah saya akan mengumumkan persaraan kerana selagi saya mampu, saya akan terus beraksi. Apabila ia sudah sebati dengan hidup, faktor usia tidak menjadi masalah lagi,” katanya.

Dia yang juga pelumba Red Bull-Bora-Hansgrohe menyuarakan hasratnya untuk terus menunjukkan peningkatan selain mencabar juara tiga kali TdF, Tadej Pogacar serta bekas rakan sepasukan, Jonas Vingegaard.

“Sudah tentu saya mahu terus meningkat kerana itulah perkara yang selalu memberikan saya semangat untuk bersaing. Saya harap saingan musim ini akan membawa tuah buat saya,” ujar Roglic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI