fbpx

Rashford makin hampir ke Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford dilaporkan sudah sedia untuk terima pemotongan gaji bagi merealisasikan perpindahannya ke Barcelona. - AFP

MANCHESTER – Cerita perpindahan Marcus Rashford ke Barcelona makin menghampiri penutup apabila penyerang itu dilaporkan bersedia menerima pemotongan gaji.

Daripada laporan media antarabangsa, perpindahan Rashford ke Barcelona mungkin sukar untuk direalisasikan jika pemain itu mahu jumlah gaji yang sama iaitu dianggarkan £325,000 (RM1.77 juta) seminggu.

Namun Rashford dikatakan sedia untuk mengurangkan sejumlah besar gajinya dan sedia menerima permintaan kelab.

Bintang berusia 27 tahun itu dikatakan begitu terdesak untuk keluar daripada Old Trafford selepas tidak lagi sehaluan dengan pengurus pasukan, Ruben Amorim.

Malah Rashford juga pernah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Red Devils dengan cara baik walaupun Amorim tampil dengan kenyataan tegas yang penyerang itu sudah pun tiada dalam kamus hidupnya.

Sebelum ini Amorim menyatakan lebih rela menyenaraikan jurulatih penjaga gol berusia 63 tahun berbanding Rashford untuk berada di bangku simpanan. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI