fbpx

Mayat lelaki ditemui terbaring atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki dijumpai terbaring di atas katil di sebuah premis di Pekan Bharu, Ipoh semalam.

IPOH – Seorang lelaki tempatan ditemuI mati dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah premis di kawasan Pekan Bharu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mayat lelaki berusia 51 tahun itu oleh orang awam pada pukul 8.41 malam.

“Beberapa nota tulisan tangan mangsa turut dijumpai di kawasan tersebut. Mayat lelaki itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat lelaki itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI