fbpx

[KEMAS KINI] Mangsa kelima tragedi tanah runtuh ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa terakhir yang dijumpai pada pukul 6.26 petang tadi dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri.

MIRI – Mangsa kelima yang juga individu terakhir tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini dijumpai lewat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat wanita berusia 71 tahun itu berjaya dikeluarkan dari timbusan tanah oleh pasukan penyelamat pada pukul 6.26 petang.

Dengan penemuan itu, kesemua lima mangsa yang tertimbus berjaya dijumpai dan disahkan meninggal dunia.

Empat mangsa lain yang maut ialah wanita berusia 41 tahun, remaja lelaki berusia 16 tahun serta dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 8 dan 11 tahun.

Selain itu, seorang daripada mangsa yang selamat iaitu remaja perempuan berusia 17 tahun patah kaki kanan, manakala seorang wanita berusia 58 tahun cedera ringan di kaki kiri.

Lima lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam tragedi yang dilaporkan kira-kira jam 2.58 pagi itu, dua buah rumah telah ditimbus tanah runtuh iaitu Lot 287 A yang didiami tujuh penghuni dan Lot 287 B yang didiami lima penghuni.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah dari rumah Lot 287 A. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI