fbpx

Keluarga jadi peneman Justin di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN ibu dan abang mampu menjadi pembakar semangat buat Justin menghadapi saingan Thailand Masters.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh tidak kesunyian pada Kejohanan Badminton Thailand Masters di Bangkok apabila ditemani keluarga tersayang.

kehadiran keluarganya pasti menjadi tonik buat bekas juara remaja Asia itu di kala dia terpaksa menggalas tanggungjawab negara ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Justin berkata, dia langsung tidak menyangka ahli keluarga akan datang menemaninya ketika beraksi di Thailand apabila ibu dan abangnya menempah tiket penerbangan ke Bangkok.

“Saya terkejut dan gembira kerana ibu dan abang saya telah menempah tiket untuk ke Bangkok. Ia benar-benar satu kejutan yang sangat menggembirakan.

“Saya mungkin tidak ada banyak masa untuk meraikan perayaan kerana sibuk bertanding tetapi kehadiran mereka akan mengurangkan rasa rindu kepada suasana Tahun Baru Cina,” katanya.

Hari ini, pemain berusia 21 tahun itu akan turun beraksi di pusingan pertama dan dijadualkan bertemu Moh. Zaki Ubaidillah dari Indonesia.

Justin melaungkan keyakinan untuk menampilkan aksi lebih baik, terutamanya selepas beberapa minggu berada di bawah bimbingan ketua jurulatih perseorangan, Kenneth Jonassen.

“Saya sudah berlatih dengan Jonassen selama beberapa minggu dan percaya dengan kaedah latihannya. Saya yakin beliau boleh bantu saya ke tahap lebih tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI