PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan lapan kawasan di Sarawak hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan berkenaan melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).
Amaran hujan tahap buruk turut dikeluarkan di Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi).
Turut terlibat di kawasan beberapa kawasan di Sabah adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku dibeberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod). – KOSMO! ONLINE