fbpx

Harga runcit diesel di Semenanjung naik 5 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen daripada RM3.13 seliter kepada RM3.18 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 sen seliter bagi tempoh sama.

Harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala petrol RON97 kekal pada paras RM3.43 seliter.

“Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.18 seliter.

“Harga tersebut masih kekal rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun tahun lalu iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini,” menurut MOF hari ini.

MOF memaklumkan, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI