fbpx

F1: Antonelli mampu cabar kedudukan Russell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONELLI dijangka mampu memberi persaingan sengit kepada Russell dalam pasukan Mercedes musim ini. - AFP

BRACKLEY – Penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko percaya Kimi Antonelli mampu mencabar status George Russell sebagai pelumba utama Mercedes AMG menjelang saingan Formula Satu (F1) 2025.

Meskipun baru berusia 18 tahun dan akan mengharungi musim pertamanya dalam F1, namun Marko memberikan amaran kepada Russell supaya berwaspada dengan cabaran yang mampu diberikan Antonelli nanti.

Beliau berkata, teknik serta keberanian yang dimiliki Antonelli mampu mencabar kedudukan Russell sebagai pelumba utama pasukan selepas penghijrahan Lewis Hamilton ke Scuderia Ferrari.

“Kita semua sudah tengok kemampuan Antonelli di Monza sebelum ini walaupun pada awalnya saya tidak tahu mengapa mereka beri kepercayaan kepadanya. Dia sangat pantas dalam tiga pusingan awal.

“Sekiranya dia menggunakan kepakaran dengan betul, saya yakin 100 peratus dia mampu mencabar Russell pada saingan musim baharu nanti. Saya tidak sabar untuk melihat apa dia mampu lakukan,” katanya.

Sementara itu, beliau menganggap keputusan Mercedes mendapatkan khidmat Antonelli sebagai satu risiko selain cubaan untuk mengulangi apa yang dilakukan Red Bull ketika memberi kepercayaan kepada Max Verstappen.

“Memang keputusan Mercedes boleh dianggap sebagai satu risiko, namun ia sama dengan apa yang kami lakukan dengan Max dahulu. Bagaimanapun, Max bermula dari bawah, bukannya terus bersama pasukan utama,” ujar Marko. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI