fbpx

Bintulu dilanda banjir, rumah penduduk tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan penempatan di Bintulu hari ini.

BINTULU – Hujan lebat tanpa henti dan fenomena air pasang besar menyebabkan banjir luar biasa melanda daerah ini menenggelamkan kediaman serta memaksa ratusan penduduk berpindah.

Ia juga menjadikan bahagian ini paling teruk terjejas di Sarawak setakat ini, ditambah lagi dengan beberapa kejadian tanah runtuh yang mengancam keselamatan penduduk.

Ketika ini, seramai 193 mangsa daripada 53 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Sukan BDA Kidurong.

Mereka terdiri daripada penduduk yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Bintulu, termasuk Setinggan Sungai Plan melibatkan 107 orang, Setinggan Sungai Sebatang (38), Gem Park (29), Kampung Kemunting (tujuh), Seaview Court (tiga) dan RPR Sebiew (sembilan).

Selain itu, dua lagi PPS turut dibuka di Balai Raya Jepak dan Stadium Muhibah bagi menampung peningkatan bilangan mangsa banjir yang semakin memburuk.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Bintulu merangkap Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan, berkata Balai Raya Jepak dibuka pada pukul 10.30 pagi manakala PPS Stadium Muhibah dibuka pada pukul 12.30 tengahari.

Di media sosial, kelihatan begitu banyak hantaran daripada orang ramai yang terperangkap memohon bantuan menyelamat segera daripada pihak berkuasa apabila rumah mereka ditenggelami air.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Bomba Sarawak Henderia Ardimansyah berkata ketika ini, talian Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak sesak disebabkan terlalu banyak panggilan untuk memohon bantuan menyelamat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI