fbpx

Bekas ‘ubi muda’ Barca sertai Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCIA (kiri) antara dua nama yang hangat dikaitkan bakal menjadi pemain warisan terbaharu Harimau Malaya. - NAIMGAARCIA

DUA bekas tonggak skuad remaja Barcelona, Naim Garcia dan Monchu Rodriguez didakwa antara pemain berdarah warisan ‘gred A’ yang bakal menyarung jersi Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac depan.

Garcia yang ketika ini berusia 23 tahun mewakili kelab Racing de Ferrol secara pinjaman daripada pasukan Leganes dalam saingan divisyen dua di Sepanyol.

Selaku pemain sayap, Garcia mendapat ilmu yang cukup hebat di peringkat remaja apabila pernah mewakili akademi Real Madrid sebelum berhijrah ke Leganes pada 2016.

Garcia juga pernah menyarung jersi Barcelona B secara pinjaman pada tahun lalu dan berjaya menjaringkan empat gol dalam 16 penampilan.

Sementara itu, nama Rodriguez turut dikatakan memiliki salasilah keturunan Malaysia dan pernah mewakili akademi Barcelona sejak 2012 sebelum berhijrah ke Granada pada 2022.

Rodriguez berusia 26 tahun merupakan ‘pakar’ di posisi tengah dan kini mewakili kelab Liga Greece, Aris sejak berhijrah daripada Real Valladolid tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga kini memandangkan badan induk itu hanya menunggu kelulusan empat pemain warisan untuk mendapat pasport Malaysia tidak lama lagi termasuk seorang dari Belanda.

Malah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman ketika dihubungi Kosmo! sebelum ini menyeru agar peminat bola sepak tanah air tidak melakukan sebarang spekulasi, sebaliknya menanti pengesahan rasmi daripada badan induk berkenaan.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam satu kenyataan baru-baru ini turut memohon kerjasama daripada kerajaan bagi membantu memudahkan urusan kemasukan beberapa pemain warisan ke negara ini.

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan tempoh sekurang-kurangnya sebulan paling awal untuk menyelesaikan perkara berkaitan dokumentasi pemain warisan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI