fbpx

[VIDEO] ‘Nak kasihankan penumpang tren, atau orang yang jadi punca utama?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Oyen_TheSleepingCat di media sosial memaparkan para penumpang terpaksa turun daripada tren menggunakan tangga untuk keluar dari kawasan landasan.

PETALING JAYA – “Yang mana satu harus saya kasihankan? Orang yang berada di dalam kereta api, atau yang menjadi punca utama?.”

Itu antara soalan orang ramai susulan sebuah tren komuter yang berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada pukul 6.39 pagi dengan kapasiti seramai 200 penumpang terpaksa berhenti akibat terlanggar penceroboh.

Komen menerusi hantaran Oyen_TheSleepingCat di media sosial itu turut memaparkan video penumpang lain yang terpaksa turun daripada tren tersebut menggunakan tangga untuk keluar dari kawasan landasan.

Menjawab kepada soalan berkenaan wanita itu berkata, kedua-dua pihak sama ada mangsa, mahupun para penumpang yang terkandas perlu dikasihani namun kejadian itu perlu dijadikan pengajaran.

“Dua-dua (pihak) kut. Semua lambat nak pergi kerja, ada yang ambil EL (cuti kecemasan). Harap jadi pengajaran, ramai sangat terkesan sampai ada yang buka komputer riba dan buat kerja dalam tren tadi,” jawabnya.

Menerusi ruangan komen juga, ada netizen yang berada dalam tren berkenaan ketika kejadian turut meluahkan perkara sama apabila terpaksa mengambil cuti kecemasan ekoran lewat ke tempat kerja.

“Saya ada dalam tren pagi tadi. Terpaksa EL. Kalau sampai ofis pun mungkin nak pukul 10 lebih. Tapi yang seronoknya semua dalam komuter tu macam kenal dah lama,” komen @Anita Razani.

“Kasihannya. Yang muda okey lagi. Kalau yang tua, macam mana la nk turun dari tangga tu,” ujar @Fairuz Ar Rifin.

“Allahuakbar, bahaya lintas rel kereta api macam ni. Semoga segala urusan dipermudahkan,” kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, seorang lelaki yang dipercayai menceroboh masuk ke kawasan landasan KTM maut dilanggar komuter dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai – Klang.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan, insiden berkenaan turut menyebabkan empat lagi individu cedera. – KOSMO! ONLINE

@oyen_inafeezan naik KTM from Kg Raja Uda Station around 6.43am, in between station Teluk Pulai & Klang station, tibe2 train stop. lama sgt. tibe2 nmpk diorg suluh2 bwh train, lps tu nmpk police car & ambulance. tibe2 dgr annoucement ckp tggu ambulans ambil body. terkejut , ingtkan salah dgr. we have to wait nearly 9am. turun dgn tangga, lps tu jalan kaki skit utk keluar dr landasn. terima kasih staff KTM & police for helping us. #ktm #ktmberhad #train ♬ bunyi asal – Abg Jiwang_Official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI