fbpx

[VIDEO] “Nak bantu orang, akhirnya dia pula yang dibantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian terbabit.

PETALING JAYA – Dua kenderaan iaitu sebuah Isuzu D-Max dan Volvo XC60 ‘terkandas’ di pantai selepas tayar kedua-dua kereta itu tenggelam dalam pasir lembut akibat air pasang yang naik mendadak.

Menurut perkongsian di TikTok oleh NurFarhana56, pemilik Isuzu D-Max, insiden bermula apabila dia cuba mengambil jet ski di kawasan pantai, namun, air pasang secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan itu terkandas.

Bagaimanapun, situasi bertambah buruk apabila pemilik sebuah Volvo XC60 yang cuba membantu menarik keluar Isuzu D-Max itu turut mengalami nasib sama apabila tayarnya juga tenggelam ke dalam pasir.

“Mula-mula kereta hitam nak ambil jet ski, sekali air naik laju, lepas tu tayar tenggelam. Datang pula kereta putih nak tolong tarik, tapi akhirnya tenggelam juga. Tak tahu nak cakap,” tulis Farhana dalam hantaran TikTok tersebut.

Kejadian ini menarik perhatian ramai, dengan netizen memberikan pelbagai reaksi di media sosial.

“Dia nak bantu orang, akhirnya dia pula yang kena dibantu. Tak apa, asalkan niat pemilik kereta putih tu ikhlas nak tolong,” kata seorang pengguna, Sai.

“Kalau takut dilambung ombak, jangan parkir di tepi pantai,” tulis Afiz pula.

Menurut Farhana, kedua-dua kenderaan tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dengan bantuan sebuah jentera berat jenis JCB yang tiba di lokasi. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

@nurul.farhana56Episode 3

♬ Mission Impossible – Adam Clayton

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI