fbpx

Trafik lancar di lebuh raya utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman keadaan trafik di lebuh raya utama, petang ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Berdasarkan tinjauan trafik di laman sesawang Lembaga Lebuhraya (LLM) setakat pukul 4 petang ini mendapati, keadaan lalu lintas lancar di kedua-dua arah masuk dan keluar ibu kota.

Sementara itu, LLM menerusi aplikasi X memaklumkan beberapa laluan ‘smartlane’ diaktifkan di Lebuhraya Utara Selatan termasuk arah utara di Pedas Linggi ke Senawang; Port Dickson ke Seremban dan Putra Mahkota ke Southville City.

Di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya @ E9) keadaan trafik dilaporkan lancar dan terkawal di sepanjang lebuh raya berkenaan dengan keadaan cuaca juga baik pada petang ini.

Bagaimanapun ketika ini, trafik dilaporkan mula perlahan ke arah timur sebelum Plaza Tol Gombak dari kilometer (Km) 35.1 hingga Km 36.9 (Gombak ke Genting Sempah) berikutan pertambahan trafik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI