fbpx

Tiada penyambung legasi punca kicap 111 tahun tutup operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bak Tong bersama kicap soya keluaran syarikatnya di Gopeng hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

GOPENG – Operasi kilang kicap tradisional jenama Hup Teck yang berusia 111 tahun berakhir hari ini apabila pengasasnya, Low Bak Tong, 72, tidak mampu lagi kerana telah dimamah usia selain tiada generasi muda yang ingin menyambung legasi perniagaan ikonik tersebut.

Bak Tong berkata, dia amat sedih kerana perniagaan yang diwarisi daripada ayahnya yang bermula pada 1914 berakhir sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

“Saya sudah letih kerana umur 72 tahun selain badan mula sakit-sakit. Saya pendamkan (tutup perniagaan) tahun demi tahun kerana mengenang usaha gigih mendiang ayah.

“Generasi muda (anak kepada rakan kongsi) tidak mahu sambung dan situasi saya sendiri pun tidak boleh angkat berat jadi inilah pengakhirannya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Premis perniagaannya yang merupakan rumah binaan berasaskan kayu lama di Jalan Kampung Rawa di sini dengan nombor lot yang unik iaitu 999.

Pembuatan kicap itu dibuat secara tradisional menggunakan tangan dengan bahan-bahan mentah seperti kacang soya, tepung gandum, gula dan garam.

Proses penapaian kicap mengambil nasa kira-kira 100 hari tanpa menggunakan sebarang perisa atau pengawet tiruan menyebabkan kicap Hup Teck terkenal di seluruh negara.

Bak Tong mengakui ramai yang akan terkejut kerana tidak boleh membeli kicap yang digemari semua golongan itu terutamanya menjelang Tahun Baru Cina ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI