fbpx

Terkejut syiling disimpan sampai lebih RM18,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan syiling yang dikeluarkan daripada tong plastik. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila duit syiling yang disimpan di dalam tong plastik hampir lapan tahun kini mencecah 70 juta rupiah (RM18,970), lapor portal berita Abatanews semalam. 

Kejadian berlaku di Sukabumi, wilayah Jawa Barat pada Jumaat lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @metro_tv memaparkan lelaki bernama Sadikin mengeluarkan semua duit syiling daripada tong plastik bersama ahli keluarganya. 

Menurut Sadikin, syiling tersebut merupakan tabungan yang disimpan sejak akhir tahun 2016. 

Lebih mengejutkan, jumlah keseluruhan syiling tersebut mencecah 70 juta rupiah (RM18,970) lebih daripada cukup untuk membayar wang muka pembelian rumah. 

“Kami mengira syiling dari pukul 7 pagi hingga 5 petang (waktu tempatan). 

“Syiling ini akan ditukarkan di bank. Ia juga digunakan sebagai modal tambahan untuk bengkel saya,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI