fbpx

Suspek ragut tukar nombor pendaftaran dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSHARIFUDDIN (kiri) menunjukkan motosikal dirampas polis selepas serbuan di rumah suspek di Kampung Syed Omar, Kangar baru-baru ini.

KANGAR – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam jenayah ragut diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Syed Omar, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 23 Januari lalu kira-kira pukul 2.30 pagi selepas usaha risikan mengesan keberadaannya.

“Ketika serbuan, suspek cuba melarikan diri selepas polis memecahkan pintu rumah lelaki tersebut serta berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dengan bantuan Task Force IPD Kangar dan D9 Ibu Pejabat Kontinjen Perlis.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah, suspek dipercayai terlibat dalam kes ragut membabitkan seorang wanita warga emas yang berjalan kaki di lorong kecil Taman Mutiara di sini pada 20 Januari lalu.

Menurut Yusharifuddin, dalam kejadian itu, mangsa kehilangan wang tunai RM200, telefon bimbit Oppo A96 dan kunci rumah selepas beg tangannya diragut suspek yang menaiki sebuah motosikal.

“Suspek cuba mengaburi pihak polis dengan menukar mengubahsuai nombor pendaftaran motosikal selepas kejadian.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 31 Januari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI