fbpx

Sultan Ibrahim terima watikah enam perwakilan asing ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim bersama enam ketua perwakilan asing ke Malaysia selepas Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan enam ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ketua perwakilan asing tersebut ialah Duta Besar Venezuela, Radames Jesus Gomez Azuaje, Duta Besar Jepun, Shikata Noriyuki dan Duta Besar Switzerland, Chantal Gaby Moser.

Seterusnya, Duta Besar Nepal, Dr. Netra Prasad Timsina, Pesuruhjaya Tinggi Republik Fiji, Etueni Qiolele Caucau dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Michael Wehi Mailetonga Walsh.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Ganeson Sivagurunathan.

Hadir sama pada istiadat hari ini ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Datuk Ahmad Rozian Abd. Ghani dan Ketua Protokol Wisma Putra, Datuk Yubazlan Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI