fbpx

Sultan Ibrahim perkenan pindaan akta atasi isu ancaman siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Chatbot SEBENARNYA.MY di Auditorium MCMC Tower 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Cyberjaya di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pindaan beberapa akta bertujuan menangani isu ancaman buli siber sekali gus memperkasa keselamatan dalam talian.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ia melibatkan Akta Komunikasi dan Multimedia, akta berkait Kanun Keseksaan dan Akta Keselamatan Dalam Talian.

“Sebaik ia diwartakan, akta berkenaan akan digunakan bagi menangani isu pedofilia dalam talian, jenayah seksual terhadap kanak-kanak, buli siber dan juga scam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali sebagai Chatbot AIFA iaitu Artificial Intelligence Fact-check Assistant di sini hari ini,

Pada awal Disember lalu, Sidang Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 dan RUU Keselamatan Dalam Talian 2024.

Pada sidang media sama, Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti dokumen yang dihantar penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial bagi memperoleh lesen beroperasi di negara ini.

“Setakat semalam, Meta Platforms Inc (Meta) telah menghantar sejumlah dokumen. Kita sedang memproses perkara itu dan ia dijangka tidak terlalu lama untuk dilesenkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI