fbpx

Spurs di titik terendah, berisiko jatuh EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS terpaksa menelan hakikat perit apabila tewas kepada Leicester biarpun terlebih dahulu menjaringkan gol. - AFP

LONDON – Kekalahan 1-2 kepada Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam kelmarin meletakkan pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou dalam situasi bahaya dan jawatannya kini menjadi taruhan utama.

Namun, pengurus dari Australia itu tidak mahu menyalahkan penyokong-penyokong yang mula memberikan tekanan kepada pengerusi kelab, Daniel Levy.

Postecoglou menjelaskan beliau begitu memahami kehendak peminat yang mahukan pasukan meraih keputusan positif, bukannya dipalit masalah prestasi yang begitu merosot ketika ini.

“Sudah pasti sejak saya galas tugasan ini, saya mahu cuba menyatukan kelab dan mewujudkan persekitaran baik seperti yang kita semua mahukan.

“Jadi boleh difahami jika penyokong tidak gembira dengan situasi kami sekarang. Ia sukar namun ketika ini kami masih memerlukan mereka (penyokong) terutamanya ketika bermain di tempat sendiri,” katanya.

Ini adalah kekalahan EPL keempat berturut-turut Spurs selain gagal mencatat kemenangan dalam tujuh aksi terakhir liga dan Postecoglou mengakui kelab itu sedang berada pada titik paling bawah.

Apa tidaknya, kekalahan itu menyaksikan Spurs menduduki kedudukan ke-15, tiga anak tangga dengan zon penyingkiran liga dan berisiko tersingkir ke Liga Kejuaraan Inggeris musim depan.

“Ini adalah kedudukan paling rendah yang pernah kita raih musim ini. Tetapi saya yakin kami mampu melakukan sesuatu yang istimewa dalam tempoh tiga bulan terakhir ini,” jelas Postecoglou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI