fbpx

SP Setia tawar angpau ‘Rujuk & Ganjaran RM8,888’ sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SP Setia memperkenalkan kempen Setia CNY 2025 selama sebulan bertemakan 'Harmoni Bersama, Makmur Bersama' dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik. GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, SP Setia memperkenalkan kempen Setia Tahun Baharu Cina (CNY) 2025 sempena Tahun Baharu Ular selama sebulan dengan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik.

Kempen bertemakan ‘Harmoni Bersama, Makmur Bersama’ itu turut dimeriahkan dengan penganjuran rumah terbuka berserta tawaran angpau Rujuk & Ganjaran bernilai sehingga RM8,888.

Menurut kenyataan SP Setia, rumah terbuka CNY dianjurkan di semua galeri jualan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah dari 11 Januari hingga 16 Februari.

“Rumah terbuka ini menawarkan peluang bergambar, bengkel membuat tanglung, tawaran hartanah eksklusif, lawatan galeri peribadi dengan pasukan jualan Setia, dan lebih banyak hadiah untuk dimenangi.

“Setia menawarkan angpau Rujuk & Ganjaran sehingga RM8,888 berlangsung sehingga 28 Februari depan,” menurut SP Setia.

Lokasi penganjuran rumah terbuka itu termasuk Galeri Jualan Setia Tropika pada 18 dan 19 Januari lalu, Pusat Selamat Datang Setia @ Aeropod pada 6 Februari, manakala pada 8 Februari di Galeri Gaya Hidup Setia Eco Glades, Pusat Selamat Datang Bandar Kinrara, Setia Alam Impian LakePoint Gallerie, D’Network @ Setia Eco Park dan Setia Experience Centre @ Setia Fontaines.

Galeri Jualan Setia Eco Templer pada 9 Februari, seterusnya 15 Februari di Pusat Selamat Datang Setia Warisan Tropika, Pusat Antarabangsa Setia @ KL Eco City, Pusat Selamat Datang Setia Alamsari dan Galeri Jualan Setia Alam, Pusat Selamat Datang Temasya Glenmarie, Pusat Selamat Datang Setia Bayuemas dan Galeri Jualan TRIO, manakala Pusat Selamat Datang Setia EcoHill pada 16 Februari.

Sempena kempen Setia CNY 2025, SP Setia turut mengajak orang ramai merakam detik kegembiraan bersama yang tersayang dengan semangat kebersamaan Setia dan ia akan dipamerkan di semua perbandaran eko, pembangunan dan platform media SP Setia.

Ketua Pegawai Komersial Setia, Christinne Lim berkata, tema Setia CNY 2025 diilhamkan oleh perkataan hé, merujuk gabungan harmoni manusia, idea, ruang dan detik yang mana kesemuanya bersatu sebagai satu.

“Untuk menterjemah intipati hé kepada frasa bahasa Cina, kami telah memilih Wàn zhòng hé yī gòng chuàng fú qi, bermaksud ‘Harmoni Bersama, Makmur Bersama’ sebagai slogan kami,” katanya.

Pengurus Besar Penjenamaan & Pemasaran Kumpulan Setia, Adelene Wong berkata, kemakmuran mempunyai makna sebenar apabila ia berkembang dengan keharmonian, dan Tahun Baharu Cina adalah kesempatan terbaik untuk menghormati dan meraikan nilai tersebut.

“Di Setia, kami percaya bahawa untuk kemakmuran adalah faktor utama untuk berkembang maju, keharmonian mesti bermula di ruang tempat kami tinggal, belajar, bekerja dan bermain bersama,” katanya.

Sementara itu, SP Setia memperkenalkan lagu sempena Tahun Baharu Cina iaitu (Ān Jū Lè Yè), yang boleh didapati di platform Spotify dan video muzik dengan bakat #TeamSetia di YouTube.

Lagu ini berentak ceria, moden dengan gerakan tarian mudah diikuti, malah trending untuk semua generasi keluarga berserta ‘hashtag’ #HarmonyTogetherProsperTogether merentas semua platform media sosial SP Setia di Facebook, Instagram dan TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI