fbpx

Seorang maut, 4 cedera ceroboh landasan KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan penumpang terkandas di dalam sebuah komuter, pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dipercayai menceroboh masuk ke kawasan landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) maut dilanggar komuter dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai – Klang.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan, insiden berkenaan turut menyebabkan empat lagi individu cedera.

Jelasnya, ekoran kejadian itu, tren yang terbabit kemalangan itu telah mengalami kelewatan kira-kira 1 jam.

“Kejadian itu menyebabkan tren komuter No.2110 yang berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada pukul 6.39 pagi dengan kapasiti seramai 200 penumpang terpaksa berhenti akibat terlanggar penceroboh,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penumpang dibawa ke Stesen Klang diringi anggota Polis Bantuan dan kakitangan KTMB yang bertugas untuk menaiki bas perantara yang disediakan di stesen untuk ke Stesen Subang Jaya.

“Berikutan hal ini, tren tersebut mengalami kerosakan dan menyebabkan kelewatan melebihi 60 minit.

“Lokomotif bantuan telah dihantar untuk membawa tren komuter yang terjejas bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan mayat dilakukan agar perkhidmatan tren kembali beroperasi seperti biasa,” katanya.

Katanya, para penumpang yang terjejas untuk tren berikutnya juga telah dibawa menaiki bas perantara percuma yang disediakan ke Stesen Subang Jaya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

“Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan. Siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa penumpang menaiki komuter tersebut mendakwa sudah lebih satu jam terperangkap di dalam gerabak tersebut tanpa sebarang makluman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI