fbpx

Sarawak, Sabah, Labuan dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di Timur negara sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang terjejas dengan keadaan ini adalah Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak, cuaca buruk ini melibatkan kawasan di Limbang. Manakala di Sabah, ia melanda kawasan seperti Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” katanya.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan turut tidak terlepas daripada amaran cuaca buruk dengan keseluruhan kawasan dijangka terjejas.

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik dilihat berlaku di semua negeri di Semenanjung petang ini.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI