fbpx

Polis kesan pemandu halang ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan dipercayai menghalang laluan ambulans di Jalan Johor Bahru-Air Hitam minggu lalu.

KULAI – Polis sedang mengesan dua pemandu kenderaan yang tidak memberi laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan di KM25 Jalan Johor Bahru-Air Hitam arah ke Johor Bahru, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 26 saat pada 2.30 petang semalam yang memaparkan dua kenderaan dipercayai dipandu lelaki warga tempatan tidak memberi laluan kepada ambulans.

“Ambulans itu dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai mengambil tindakan mengesan pemandu kenderaan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Kaedah 9 LN166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, tular di TikTok video yang memaparkan dua kenderaan iaitu Proton Exora dan Honda City yang tidak memberi laluan kepada ambulans dan seolah mengambil kesempatan dengan membuka ‘double signal’ dan bergerak di tengah laluan kenderaan yang sedang memberi laluan kepada ambulans berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI