fbpx

Mayat adik dijumpai lepas 15 jam lemas di tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan bomba mengangkat mayat Muhammad Asadullah yang dijumpai lemas di tali air di Kampung Kubang Telaga Bata, Bachok hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

BACHOK – Mayat seorang kanak-kanak yang lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Telaga Bata di sini petang semalam dijumpai hari ini selepas lebih 15 jam hilang di kawasan tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mohd. Zamizi Muhamad berkata, mayat Muhammad Asadullah Zehan,11, ditemukan kira-kira pukul 9.40 pagi tadi kira-kira enam meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Seramai 19 anggota bersama sebuah jentera, tiga trak pikap dan sebuah bot digunakan sepanjang operasi mencari mangsa.

“Mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, niat murni seorang abang untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam tali air berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua mereka lemas di Kampung Kubang Telaga di sini.

Mangsa, Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 8.25 malam tadi, namun adiknya, Muhammad Asadullah ketika itu masih hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI