fbpx

KPT bantu lapan pelajar Malaysia terbabit kemalangan di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelajar Malaysia dibawa memasuki ambulans untuk menerima rawatan lanjut selepas terlibat nahas di Port Said, Sabtu lalu. - Foto FACEBOOK EMM

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) memantau perkembangan terkini lapan pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar yang terlibat kemalangan di Port Said pada Sabtu lalu.

KPT dalamsatu kenyataan berkata, pihaknya juga mengikuti rapat perkembangan situasi itu melalui Kementerian Luar Negeri.

“KPT mengambil maklum lapan pelajar Malaysia daripada Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam insiden kemalangan kenderaan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said.

“Lima pelajar dilaporkan luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal di Kaherah, manakala tiga pelajar lagi ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan,” katanya.

Katanya, perkembangan lanjut mengenai insiden tersebut akan dimaklumkan pihak KPT dari semasa ke semasa.

Kosmo! pada Ahad lalu melaporkan lapan pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Port Said.

Lima pelajar iaitu Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd. Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon mengalami luka ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Tiga lagi pelajar iaitu Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi mengalami kecederaan serius dan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut.

Sementara itu, KPT memaklumkan, sistem pembangunan data disediakan menerusi inisiatif MyData@EducationMalaysia4U.

Oleh itu pelajar digalakkan untuk mengemas kini butiran peribadi dan pengajian ke dalam portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi capaian maklumat data tepat dan cepat sekiranya berlaku kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI