KUALA TERENGGANU – Sebanyak 43 perkampungan berhampiran 12 muara sungai di seluruh Terengganu berisiko kembali dilanda banjir ekoran fenomena air pasang besar selama tiga hari sehingga Khamis ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah berkata, risiko banjir semakin meningkat sekiranya hujan lebat berlaku pada waktu sama.
“Antara perkampungan berisiko terjejas ialah Kampung Baru Seberang Takir; Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir; Kampung Pak Tuyu; Kampung Tanjung Gelam; Kampung Pulau Rusa; Kampung Pulau Sekati dan Kampung Pulau Ketam, Kuala Nerus.
“Kampung Kubang Ikan; Kampung Kuala Ibai dan Taman Purnama, Kuala Terengganu turut berisiko,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Osman berkata, Dungun pula melibatkan Kampung Seberang Pintasan; Kampung Teluk Bidara; Kampung Tanjung Jara; Kampung Che Lijah; Kampung Alor Makbah; Kampung Bijangga; Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Buaya.
Beliau berkata, ia turut melibatkan Kampung Kuala Paka; Kampung Tebing Tembah; Kampung Kampung Pinang Merah; Kampung Durian Mentangau dan Kampung Sura.
“Kampung Pengkalan Atap; Kampung Teluk Budu; Kampung Pantai dan Kampung Nail, Besut juga berisiko banjir akibat fenomena air pasang besar itu.
“Marang pula melibatkan Kampung Rusila; Kampung Rhu Dua; Kampung Rhu Rendang; Kampung Merchang dan Kampung Baru Pulau Rusa,” katanya.
Osman berkata, Kampung Gong Batu; Kampung Pengkalan Gelap; Kampung Limau Nipis; Kampung Kuala Setiu; Kampung Fikri dan Kampung Telaga Papan, Setiu turut berisiko.
Beliau berkata, empat lokasi di Kemaman berisiko iaitu Kampung Baru Kemasik; Pulau Skepeng Kuala Kemaman; Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi. – KOSMO! ONLINE