fbpx

Diesel, lori tangki bernilai lebih setengah juta dirampas di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang ditahan bersama sebuah lori tangki serta beberapa peralatan lain.

PETALING JAYA – Sebanyak 9,550 liter diesel dirampas pihak berkuasa dalam serbuan di Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berkata, rampasan tersebut dilakukan hasil risikan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).

katanya, menerusi Ops Kontraban itu seramai dua individu termasuk seorang warga tempatan ditahan bersama rampasan bernilai RM565,631.

“Antara rampasan tersebut termasuklah 9,550 liter diesel dalam beberapa tangki, pam penyedut, buku rekod, alat kawalan jauh, telefon bimbit, dan lori tangki.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI