JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor buaya merangkak dalam takungan air hujan di tengah jalan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Kejadian berlaku di Jalan H. Masdar, Kutai Timur, wilayah Kalimantan Timur pada Sabtu lalu.
Penduduk yang merakam kejadian itu berkata, buaya tersebut dengan santai merangkak di tengah jalan di sebuah kawasan kejiranan ketika cuaca hujan.
Dia mengekori pergerakan reptilia tersebut sehingga ia akhirnya melarikan diri.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen di platform Instagram.
“Bimbang kalau-kalau buaya itu berpatah balik ke arah perakam,” kata seorang netizen.
“Sebentar lagi pasti ibu buaya mencari dan memarahinya kerana bermain hujan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI