JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan beribu-ribu ikan naik ke daratan di sebuah pantai di Kepulauan Riau, Indonesia, lapor portal berita Detik News semalam.
Kejadian aneh itu berlaku di Pantai Sisi, wilayah Natuna baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @natunaninfo memaparkan beribu-ribu ikan selar melompat keluar dari permukaan laut secara tiba-tiba.
Penduduk tempatan pula berkumpul di kawasan pantai untuk menangkap ikan-ikan tersebut dengan tangan kosong.
Ketua Jabatan Perikanan Natuna, Hadi Suryanto berkata, fenomena itu dipercayai berlaku disebabkan perubahan suhu air laut.
Rakaman kejadian mencatatkan lebih 4,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Semoga tiada bencana yang terjadi di bawah laut,” kata seorang netizen.
“Ini adalah petanda buruk,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI