fbpx

Berdosa saya cakap buruk tentang Along, dia baik – Afreena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afreena percaya bahawa dalam mana-mana perkahwinan, memang ada pasang surutnya.

PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi enggan membalas segala tuduhan suaminya itu buat masa sekarang.

Afreena ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi berkata, walau apapun dakwaan yang didedahkan Along, lelaki itu masih suaminya.

“Saya takkan bercakap buruk tentang Along, biarlah dia nak cakap apa sekalipun. Dia seorang lelaki yang baik dan saya bersyukur masih bergelar isterinya.

“Berdosa untuk saya bercakap buruk tentangnya. Dia masih suami. Kalau anda perasan, saya tak pernah cakap buruk fasal dia,” katanya.

Bagaimanapun, Afreena percaya bahawa dalam mana-mana perkahwinan, memang ada pasang surutnya.

“Mana-mana perkahwinan akan ada masalah. Akan ada pergaduhan kecil, itu memang kita tak boleh elakkkan. Apapun, saya masih hormat Along sebagai seorang suami,” ujarnya lagi.

Hari ini, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mengejutkan ramai apabila mengesahkan akan memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya selepas mendakwa Afreena melanggar tiga perjanjian taklik tahun lalu.

Selain pelanggaran taklik, Afreena juga dikatakan menyeleweng dana sumbangan orang ramai yang sepatutnya digunakan bagi menampung kos perbelanjaan anak lelaki Along, Ahmad Daniel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI