fbpx

3 remaja curi duit tabung masjid guna lidi, gula-gula getah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA remaja dicekup selepas disyaki aktif melakukan jenayah curi tabung masjid di sekitar Pontian.

PONTIAN – Kegiatan tiga remaja mencuri wang tabung menggunakan lidi yang disaluti gula-gula getah di Masjid Bandar Pontian, di sini sejak sekian lama akhirnya terbongkar.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dua daripada tiga remaja itu berusia 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 19 tahun ditangkap pada pukul 1.40 pagi semalam.

Katanya, mereka ditahan oleh sepasukan anggota Balai Polis Pontian selepas menerima laporan daripada pihak penngurusan Masjid Bandar Pontian.

“Dua daripada remaja yang ditahan pesalah juvana. Siasatan mendapati ketiga-tiga mereka datang ke masjid dengan berjalan kaki pada waktu tengah malam.

“Polis merampas beg silang berwarna hitam bercorak ‘Mickey Mouse’, wang tunai RM550 dan lidi yang disaluti gula-gula getah,” katanya ketika ditemui pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Pontian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Pontian di sini, hari ini.

Sementara itu Facebook Pejabat Kadi Pontian hari ini turut memuat naik hantaran mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia dengan tertangkapnya tiga pencuri tersebut.

Ekoran kejadian itu, Masjid Bandar Pontian mengalami kerugian besar kerana pencuri meninggalkan lidi dan gam tikus di dalam tabung sehingga merosakkan wang kertas hasil sumbangan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI