fbpx

25 mangsa lemas direkod di Terengganu tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Mahathir (dua dari kiri) memeriksa pembarisan pada majlks Pembarisan Tahunan JBPM Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 25 mangsa lemas direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di negeri ini tahun lalu.

Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhamad berkata, kematian akibat lemas itu berlaku di kawasan riadah seperti pantai, air terjun dan sungai di negeri ini.

“Tahun lalu, kita terima sebanyak 26 kes lemas. Seramai 25 nyawa terkorban, manakala 22 orang pula berjaya diselamatkan.

“Kebanyakan kes lemas dilaporkan berlaku sewaktu mangsa bermandi-manda dan memancing,” katanya selepas menyaksikan majlis Perbarisan Tahunan JBPM Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini, aktiviti riadah air masih dilarang di Terengganu memandangkan tempoh Monsun Timur Laut (MTL) masih berlangsung sehingga Mac depan.

“Kami masih membuat pemantauan dan penilaian risiko di beberapa lokasi tumpuan terutama pada musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Fenomena air pasang besar juga dijangka berlaku di negeri ini sehingga Khamis ini. Kita akan memantau lokasi terlibat agar tidak didekati orang ramai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI