fbpx

Warga asing tak dibenarkan berniaga di bazar Ramadan, Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBJB melarang warga asing berniaga di 62 lokasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri sekitar Johor Bahru, tahun ini. - GAMBAR HIASAN.

JOHOR BAHRU – Penganjur Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di bandar raya ini diingat untuk tidak membenarkan warga asing menjalankan perniagaan di 62 lokasi bazar telah ditetapkan.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad sehubungan itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut.

“Penguatkuasaan juga akan dibuat sekiranya aktiviti berkenaan melibatkan konsep ‘ali baba’, iaitu menyalahgunakan lesen dikhususkan untuk warga tempatan untuk berniaga,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Menara MBJB, di sini hari ini.

Sejak beberapa tahun lalu, peniaga warga asing dikesan terlibat berniaga di beberapa bazar Ramadan sekitar bandar raya ini, termasuklah yang menjual kunafa dan berwajah seiras pelakon Hollywood, Vin Diesel.

Sementara itu, Mohd. Haffiz turut memberitahu, 62 lokasi bazar Ramadan dan Aidilfitri yang telah diluluskan turut melibatkan 13 lokasi baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI