PETALING JAYA – Cuti sekolah ketika ini ditambah dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada Rabu dan Khamis turut menyebabkan kesesakan di tempat pelancongan, termasuk Cameron Highlands yang sudah sinonim dengan situasi tersebut.
Menerusi video tular dimuat naik seorang pengguna TikTok asnunmotorsewacameron, dia berkongsi beberapa video suasana siang tadi di jalan raya Cameron Highlands yang sesak dengan deretan kenderaan.
“Cameron Highlands 27/1/2025 1.10 tengah hari, yang kental pasti sampai,” katanya pada kapsyen video.
Ia mendapat pelbagai maklum balas selain ada yang meninggalkan komen, mereka turut mengharungi kesesakan tersebut untuk ke tempat itu.
“Baru saja pergi sana tadi. Bukan main sesak nak pergi Kea Farm,” kata seorang pengguna TikTok.
“Kami baru saja turun. Sesak tapi sampai Kea Farm, dah okay sebab ada polis jaga jalan,” kata individu lain.
Selain itu, ada juga yang sanggup keluar awal pagi bergerak menuju Cameron Highlands bagi mengelakkan terperangkap akibat kesesakan.
“Saya sampai 8.30 pagi tadi kat sini. Alhamdulillah ‘clear’ gerak 4.30 pagi dari Kuala Lumpur,” komen seorang pengguna TikTok.
“Kaedahnya pergi Cameron Highlands kena pergi hari biasa baru puas hati berjalan tak sesak. Kalau melekat macam ni buang masa atas jalan, penat,” ujar seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE
@asnunmotorsewacameron #goldenhill #sewamotormurahcameron #asnunrental #tanahrata #malaysia #brichangcameron #fyp #kabus #cameron #pasarmalamgoldenhills #cuti2malaysia #asnunRental ♬ suara asli – 𝐅𝐞𝐫𝐙𝐡𝐞𝐢🎭 – ◄⏤͟͟͞͞➳⃟𝗭𝗛𝗘𝗜🔰𝗦𝗧⏤͟͟͞͞➢